Langkah

LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI FENOMENA PENYELUDUPAN MANUSIA

UNDANG-UNDANG

     Sindiket penyeludupan manusia dilihat semakin meruncing dari hari ke hari. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil segera bagi mengekang masalah ini dari terus membarahi masyarakat kini. Pada tanggal 28 Februari 2008, Akta Anti Penyeludupan Manusia ( AKTA ) 670 telah dikuatkuasakan, penggubalan akta tersebut mengambil kira protokol Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau ringkasnya PBB bagi mencegah dan menghukum pelaku penyeludupan manusia terutama wanita dan kanak-kanak.Semua pihak haruslah bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam membendung permasalahan ini dan bukannya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja apabila mengetahui sebarang informasi mengenai sindiket penyeludupan manusia ini. Bak kata pujangga " mencegah lebih baik dari 
mengubati ".


Disediakan oleh : NURUL IZZEAN BINTI SAIDIN
      No Matrik : 204691




MEMBASMI MASALAH PERDAGANGAN MENUSIA MELALUI PENDIDIKAN

  Pendidikan dibahagikan kepada dua jenis iaitu formal dan tidak formal.

  Pendidikan formal merupakan pendidikan persekolahan. Pihak sekolah perlulah menyerapkan isu-isu pemerdagangan manusia dalam topik-topik yang berkaitan seperti penyayang.Dengan ini,pelajar-pelajar dapat mengetahui maklumat-maklumat tentang isu pemerdagangan manusia seperti menelefon 999 semasa ternampak kejadian pemerdagangan manusia berlaku.

  Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pendidikan tidak formal dengan menyalurkan ajaran agama yan secukupnya dan memantaukan anak-anak mereka supaya mengurangkan risiko-risiko berlakunya aktiviti pemerdagangan manusia.


Disediakan oleh:CHAN KIT YAN
                   204911





KERJASAMA DARIPADA BANYAK PIHAK

Kerjasama Antara Malaysia Dengan Negara-negara Luar

Kerjasama dan komitmen semua pihak sangat diperlukan bagi membanteras dan membasmi jenayah penyeludupan manusia. Antara kerjasama yang boleh diusahakan ialah kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara luar terutama negara serantau seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.Kerjasama ini melibatkan dalam perkongsian bijak seperti kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan. Misalnya, Malaysia kini menggiatkan lagi jalinan kerjasama dengan Australia bagi bertukar-tukar dan berkongsi maklumat, pengalaman dan kepakaran masing-masing.


Nur Zainiaini Binti Zahari
204665